Teach For Malaysia komited untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan inklusif bagi semua yang terlibat dalam program kami. Komitmen ini merangkumi bahawa semua peserta, pegawai dan rakan kerjasama kami, termasuk rakan kongsi yang dihargai.
Bagi mengekalkan komitmen ini, semua guru yang menyertai Projek KALIS diminta untuk membaca dan memahami polisi yang telah ditetapkan dengan teliti.
TFM komited untuk memastikan persekitaran yang selamat bagi semua peserta, bebas daripada diskriminasi dalam apa jua bentuk serta daripada semua jenis gangguan, terutamanya gangguan seksual. Sebarang aduan berkaitan gangguan akan dikendalikan oleh Tan Sue Faye (suefaye.tan@teachformalaysia.org).
Perlindungan kanak-kanak merupakan bahagian penting dalam misi TFM untuk mengakhiri ketidaksaksamaan pendidikan. Sila rujuk dokumen ini untuk maklumat lanjut mengenai Polisi Perlindungan Kanak-Kanak TFM. Sebarang aduan berkaitan perlindungan kanak-kanak akan dikendalikan oleh Yong Yi Ling.(yiling.yong@teachformalaysia.org).