Apakah Teach For Malaysia?
Teach For Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengurangkan jurang pendidikan, khususnya dalam komuniti B40.
Bagaimanakah Teach For Malaysia dibiayai?
Teach For Malaysia menerima dana melalui sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti Yayasan Petronas, Yayasan CIMB dan sumbangan individu.
Adakah Teach For Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)?
Ya, Teach For Malaysia bekerjasama rapat dengan KPM dalam pelaksanaan program untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
Di manakah program TFM telah dijalankan?
Sejak 2012, program telah dilaksanakan di Perak, Sarawak, Sabah (Semporna), dan Johor (Pasir Gudang).
Apakah program yang ditawarkan oleh TFM?
Untuk Guru: Fellowship Programme, Program Duta Guru (STEM), dan KALIS (Pemulihan).
Untuk Komuniti: Program ERTI (bimbingan akademik oleh sukarelawan dan pelajar universiti untuk komuniti B40).
Untuk Pelajar: Student Leadership Camp & Student Summit bagi memperkasa kepimpinan pelajar.
Siapakah yang boleh menyertai program-program TFM?
Program seperti Fellowship terbuka kepada graduan dan profesional yang berminat menjadi pendidik, manakala Program Duta Guru khusus untuk guru STEM.
Bagaimanakah saya boleh menyokong atau terlibat dalam TFM?
Anda boleh menyertai sebagai peserta program, menjadi sukarelawan atau menyumbang kepada dana bagi menyokong inisiatif pendidikan TFM.
Di manakah saya boleh mendapatkan sumber tambahan mengenai Teach For Malaysia?
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Teach For Malaysia melalui laman web rasmi Teach For Malaysia atau menghubungi kami secara terus melalui e-mel.
Apakah Program KALIS?
Program KALIS (Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi) oleh Teach For Malaysia ialah salah satu inisiatif sasaran di bawah Program Anak Kita yang memberi fokus kepada pemulihan pembelajaran pasca-COVID dan kesinambungan pendidikan. Program ini bertujuan memberi impak kepada hampir 4,200 pelajar dengan memperkasakan guru untuk melaksanakan intervensi literasi dan numerasi khusus, sambil membangunkan keupayaan serta kepimpinan guru untuk penambahbaikan jangka panjang yang berterusan.
Apakah Program Anak Kita?
Program Anak Kita (PAK) merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF), yang digerakkan oleh Pantau Madani dan Yayasan Hasanah. PAK adalah program intervensi khusus bagi menangani kemerosotan pembelajaran di Malaysia melalui pendekatan "seluruh negara" untuk memperkasakan pelajar menerusi inisiatif pemulihan pembelajaran yang inovatif.
Selaras dengan matlamat nasional untuk meningkatkan kesaksamaan pendidikan, Program Anak Kita menyasarkan literasi dan numerasi asas, mengurangkan kadar keciciran sekolah, dan meningkatkan kadar kelulusan SPM. Dengan lebih 83,000 pelajar dan 3,400 sekolah terlibat, intervensi ini merangkumi latihan guru, pembangunan kepimpinan pentadbir, dan penggunaan alat digital bagi menyokong pembelajaran. Program ini mendapat sokongan daripada entiti seperti Bank Dunia, UNICEF, Microsoft, dan Google.
Bagaimanakah sekolah dipilih untuk program ini?
Sekolah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan jumlah pelajar pemulihan dalam sekolah.
Siapakah yang melaksanakan program ini?
Johor Pantai Timur: Dilaksanakan oleh Teach For Malaysia (TFM).
Apakah komponen utama dalam program ini?
Toolkit untuk Literasi & Numerasi
Pembangunan kapasiti guru melalui program induksi bersemuka, Ruang Komuniti Profesional dan kepimpinan guru
Dana sokongan untuk kelas, motivasi pelajar dan inovasi
Jaringan sokongan antara guru dan komuniti
Bilakah program ini akan bermula?
Kitaran 1 akan bermula secara rasmi pada 1 Mac 2025, selari dengan kalender akademik KPM.
Bagaimanakah pemantauan pelajar dijalankan?
3 saringan akan dijalankan dalam tahun 2025 mengikut kalender saringan KPM untuk menilai kemajuan pelajar.
Sekiranya saya tidak memohon keseluruhan dana yang diperuntukkan pada Januari 2025, bagaimana saya ingin memohon dana lebihan yang masih ada?
Para guru boleh memohon dana lebihan melalui permohonan pusingan terakhir yang akan diumumkan nanti.
Bagaimana jika saya ingin membeli barangan yang tidak disenaraikan dalam Contoh Penggunaan Dana?
Para guru boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai PPD atau Teacher Coach.
Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah, siapa yang saya perlu hubungi?
Para guru boleh menghubungi Teacher Coach daerah masing-masing.
Berapa lama sesi pembelajaran untuk setiap pelajar?
Setiap pelajar perlu menghadiri minimum 2 jam seminggu bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik dalam kelas pemulihan.
Bagaimana jika jumlah pelajar dalam kelas terlalu ramai?
Keutamaan diberikan kepada pelajar tahap tinggi dan tahap rendah dalam Kitaran 1, manakala pelajar tahap sederhana boleh dimasukkan dalam Kitaran 2. Walau bagaimanapun, semua pelajar tetap direkodkan dalam sistem APDM.
Apakah alat saringan yang digunakan?
Bahasa Melayu: Instrumen saringan KPM & buku penilaian MYReaders
Matematik: Instrumen saringan KPM*
*Untuk pelajar KP8 ke bawah, disarankan menggunakan saringan MaxMath, yang mempunyai slide dalam talian, salinan fizikal, dan Google Form untuk rekod pelajar.
Apakah strategi pengajaran yang digunakan dalam kelas pemulihan?
Bahasa Melayu: Fonik, kesedaran fonemik, teknik gabungan/blending, dan penggunaan buku cerita MYReaders
Matematik: Konkret-Piktorial-Abstrak (CPA), Rakan 10, Bahagian dan Semua, Tolak sebagai Beza
Apakah keceriaan kelas yang boleh membantu pembelajaran?
Persekitaran kelas yang selamat dan mesra untuk pelajar
Penggunaan wordwalls pada paras mata pelajar sebagai alat bantu pembelajaran
Sudut pembelajaran berbeza mengikut keperluan pelajar (Sudut Bacaan, Sudut Aktiviti)
Mewujudkan rutin harian dan peraturan yang jelas untuk pelajar
Menghargai pencapaian pelajar melalui galeri hasil kerja, pengiktirafan kehadiran, dan pencapaian masteri