Proses tuntutan kewangan bagi program KALIS akan dilaksanakan oleh hadirin yang telah menghadiri acara atau sesi bersemuka yang dianjurkan di bawah program ini. Tuntutan ini bertujuan untuk memohon bayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung oleh guru semasa menyertai acara bersemuka tersebut.
Untuk memulakan proses tuntutan, anda perlu klik Borang Tuntutan Kewangan yang disediakan di bahagian bawah halaman ini. Anda perlu mengemukakan beberapa dokumen penting seperti tangkap layar tempuh perjalanan, penyata Touch n' Go dalam Borang Tuntutan Kewangan. Proses ini akan dipantau dan disemak untuk memastikan kesahihan tuntutan, kemudian, bayaran balik akan diproses berdasarkan kadar dan peruntukan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan program.
Anda diingatkan untuk mematuhi garis panduan dan tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan tuntutan anda dapat diproses tanpa sebarang kelewatan. Sekiranya dokumen tidak lengkap dalam Borang Tuntutan Kewangan, permohonan boleh ditangguhkan atau ditolak.
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai jenis-jenis tuntutan kewangan yang boleh dibuat, serta dokumen sokongan yang diperlukan, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Panduan Tuntutan Kewangan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan program.
Panduan ini mengandungi segala maklumat yang diperlukan untuk memastikan tuntutan yang dibuat adalah lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan.