Bagi menyokong guru-guru, kami bawakan bengkel sokongan dan kerjasama iaitu Ruang Komuniti Profesional KALIS (RKP). RKP merupakan 6 siri bengkel peningkatan kemahiran profesional dan meningkatkan kapasiti guru KALIS sebagai pemimpin dengan sasaran pengukuhan literasi dan numerasi.
Kami menjemput semua guru untuk menghadiri Ruang Komuniti Profesional Siri 2.
Tema : Mengenalpasti Keperluan Murid
Tarikh : 05 Mei 2025 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang
Mod : Maya melalui Zoom
Pautan Zoom : https://teachformalaysia-org.zoom.us/j/87214728615?pwd=t5fW59CuzS9sksBYGq7gm9HA6gL83K.1
Objektif sesi:
Guru mengukuhkan kefahaman strategi penggunaan dan penyesuaian konsep bahan sumber MYReaders dan MaxMath mengikut keperluan murid.
Guru mengenalpasti ciri-ciri murid berkeperluan khas dan menetapkan 1 komitmen guru dalam membina suasana bilik darjah yang inklusif.
Guru memahami 2 tema dan garis masa perjalanan Projek Inovasi.
Kini terdapat Kitaran Pembelajaran (KP) 1,2 dan 3 yang akan mengikuti 3 penggal persekolahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Definisi Kitaran Pembelajaran
Pelaksanaan KALIS menekankan penglibatan aktif guru dalam merancang dan melaksanakan pengalaman pembelajaran literasi dan numerasi. Guru akan mengintegrasikan kit KALIS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) serta menguruskan masa dan sumber dengan berkesan.
Apakah yang akan berlaku dalam Kitaran Pembelajaran 1?
Bagi Kitaran Pembelajaran 1, satu Ruang Komuniti Profesional (RKP) akan berlangsung pada 28 Februari 2025 pada 3-6 petang.