Program KALIS (Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi) merupakan inisiatif oleh Teach For Malaysia (TFM) yang berfokus kepada pemulihan pembelajaran pasca-COVID dan kontinuiti pendidikan. Dengan sasaran hampir 4,200 pelajar, program ini memperkasakan guru dalam melaksanakan intervensi literasi dan numerasi yang berkesan, serta membangunkan kepemimpinan mereka demi membawa perubahan jangka masa panjang dalam bilik darjah.
Program Anak Kita (PAK) merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF), yang digerakkan oleh Pantau Madani dan Yayasan Hasanah. PAK ialah program intervensi khusus bagi menangani kemerosotan pembelajaran di Malaysia melalui pendekatan "seluruh negara" untuk memperkasakan pelajar menerusi inisiatif pemulihan pembelajaran yang inovatif.
Teach For Malaysia merupakan rakan rangkaian Kementerian Pendidikan Malaysia dan rangkaian global Teach For All. TFM (919785 P) ialah sebuah badan kebajikan yang didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan yang mempunyai status organisasi yang terkecuali daripada cukai.
Inisiatif Oleh
Diterajui Oleh